Irfan & Rayyan World

Sunday, December 16, 2012

Weekend Activity - Water Color Painting

Hari ni Umi bagi can kat Irfan dan Rayyan main water color. Warna la apa saja kat kertas tu.

Umi tengok Irfan sibuk mengecat tapak tangan. Katanya kat sekolah, cikgu ada ajar macam tu. Cat tapak tangan kemudian cop kat kertas. Pandai anak Umi. Siap ajar adik Rayyan lagi.

Lain kali kita main mende lain pula ya. Tak ada la bosan duduk rumah kan.





Write It Right - Irfan

Irfan sekarang dah pandai tulis abc, 123... Alhamdulillah. Walaupun masih belum sharp, tapi syukur alhamdulillah. Anak Umi pandai tulis. Proud of u, Irfan! Umi, adik dan Ayah sayang Irfan.

Wednesday, November 14, 2012

Bila Irfan & Rayyan Ber-Gangnam Style..


Bila Irfan & Rayyan bergangnam, abis pecah perut Umi & Ayah tengok. Rayyan tak reti nari elok-elok. abang Irfan pula konsentret sangat narinya pun.. hehehehe..

Enjoy d dance... 

p/s: kat Taska Irfan, cikgu kat situ, boring-boring gi buat aktiviti menari. Salah satunya, gangnam style ni la.. hihihi...

Irfan & Rayyan Wif Robot Baru

Ni la masalahnya kalau ajak Irfan pi kedai, konfemlah dia akan pujuk Umi beli mainan. Siap kata "adik nak la Umi". Masa bila ntah adik dia ada pesan kan. Sabar jela. Tapi xpa la, selagi Umi mampu dan anak anak Umi hepi, insya Allah, Uni bagi je.

Irfan n Rayyan The Ninja Kids

Hohoho. Ni time ni Ayah tlg ikatkan kain lebihan jahitan Umi kat dahi kononnya ala ala ninja gitu kan. Ha apa lagi mula la berangan Irfan n Rayyan jadi ninja. Lucu Umi tengok gelagat korang ni.

Rayyan and Bag The cars

Wah ada orang beli beg The Cars. Tak sekolah lagi tapi dah beria-ia nak beg. Bergayanya dia dengan beg baru. Terima kasih Ayah!

Santai Breakfast Ala Rayyan

Masa ni orang breakfast kat coffee table. C Rayyan ni pula memang malas betul la. Makan siap baring lagi hah. Bila tegur buat tak dengar je. Bila tegur banyak kali dia siap senyum senyum lagi. Haishhh sabar je la anak Umi ni.

Monday, October 22, 2012

Bergaya Dengan Jam Baru.

Wah terima kasih Ayah! Sebab belanja Irfan dan Rayyan jam tangan. Irfan dapat jam Ben10 n Rayyan pula dapat jam Angry Bird versi Captain America.

Umi tengok bukan main lagi imaginasi anak Umi dua orang ni. Lagi bertambah best bila jam tu kalau tekan ada butang bulat keci kat tepi tu, jam dia tetiba terkeluar sikit utk tunjukkan jam brapa.

Ni anak Umi ni beli jam bukan main lagi tapi dah pandai ka tengok jam ? Abang Irfan Umi tau la pandai. Adik Rayyan tu? Ker buat2 pandai. Hahaha.

Enjoy ur imaginary jam.

Thursday, October 04, 2012

Semangat Lawatan Taska Ke Pusat Sains Negara

Wah, pagi ni Irfan ada program lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur. Bukan main bersemangat dan hepi je anak Umi pagi ni. Umi pun rasa sgt hepi tengok Irfan. Tadi Umi temankan Irfa kat taska sampai la Irfan naik bas taska sediakan dan bergerak.

Sebab Umi tau, kalau Umi balik opis terus, then Irfan nampak Umi xde dan x babai Irfan, nanti mesti Irfan sedih dan xmo kawan ngan Umi lagi macam hari tu.

Ok la, ni few pic Irfan n frens before bergerak naik bas. So, enjoy the learning trip ya, sayang. Jangan nakal-nakal dan ikut kata cikgu. Nanti balik rumah cerita kat Umi, Ayah dan adik Rayyan apa yang Irfan jumpa kat sana ya.

Tuesday, September 04, 2012

Irfan Dan Shobelli... Yang Beshaaa...


Waaaaa, beshaanya Umi, shobelli ni... sedapnya Umi 
(padahaal, belum masuk mulut lagi pun.. dah kata sedap)
Senyum lebar jew anak bujang Umi sorang ni la tengok stoberi dia yang besar tu yang baru dibeli kat Kaffu, Bdr Tun Hussien Onn.. Hepi hati Umi tengok Abg Irfan Ketawa dan senyum girang dapat stoberi besar.. Stoberi import, mmg la besar, manis lak tuh.. hohoho..
 Irfan: Umi, ambik la gamba Irfan ama shobelli ni... Umi,.. nanti kan, nanti Irfan kasi Ayah satu, adek satu tau.. Irfan banyak tau.. Yang beshaaaa smuaa..