Irfan & Rayyan World

Tuesday, September 20, 2011

Macam-macam Irfan



Macam-macam Irfan. Ni lah akibatnya bila henpon Umi jatuh ke tangan Abang Irfan.. Ini adalah hobi Abang Irfan.. Amik Gambar! Tak kira la gambar sendiri kea orang lain, janji amik gambar. Siap suruh orang 'peace' lagi..


 




Ada banyak lagi koleksi Abang Irfan tuh, ni baru sikit. Len kali lagi pula Umi upload lagi.. Sabar je la ngan Abang Irfan nih.. Penuh memori kad dengan gambar yang dia amik yang merapu-rapu pun ada..

Friday, September 16, 2011

Itujuga yang ko nak!!

Arin coti tapi Umi rasa penat sangat. Bukan penat apa sangat tp penat melayan Rayyan. Umi letih menghalang adik Rayyan dari masuk ke tandas. bila ada peluang, Rayyan pasti cuba pi tandas. Nak masuk.

Umi perasan Rayyan ni suka sangat pi tandas dan mandi manda tau. Kalau kena time ataupun dah masuk waktu mandi takpa ua juga, Umi tak kisah sangat. Ni sukati adik ja pi tandas tu. Senyap-senyap pula tu.

Ari ni memang penat layan Rayyan. Sampaikan Umi dah makan pun lapar balik. Hahaha. Tapi akhirnya Umi berjaya juga pujuk adik titon selepas beberapa cubaan gagal. Haish. Wat masa ni Umi mmg perlukan rehat la. Tadi dah la adik Rayyan dengan selamba ala badak pi ketuk kepala abang Irfan time abang irfan titon siang. Haish sabar jela. Dah jadi tambah satu keja Umi nak kena pujuk abang Irfan yang cengeng tu sambung titon balik. Rayyan pula gelak-gelak, kira mmg tak bersalah la tu konon tu ek.

Okla, Umi pon nak join korang. Nak rehat sebelum korang bangun n buat Umi sibuk lagi.


Senyap-senyap dia buat sendiri.

Pagi ni aman jer rasa. Umi sebok buat lempeng request by Yayah. Abg Irfan pula nak roti bakar sapu kaya. Adik Rayyan, sukati nak makan apa ja. Macam biasa la tu adik tu, ngap apa ja janji makan. Ekekeke.

Ok pagi ni Umi nak cerita ni pasal Adik Rayyan ni. Bila semua dah kenyang, abg Irfan pula konsentret nengok Upin n Ipin kat Astro Ceria, Yayah pula tolong Umi jemur kain, Umi lak buat keja kat dapur. Adik Rayyan???... Ha, ni senyap-senyap ni adala ni c Rayyan buat ni. Kena cek ni.

Sekali Yayah panggil Umi kat dapur. "Sayang, cuba nengok anak Sayang lagi sorang tu buat apa." Bila Umi tengok rupanya Rayyan sedang sonok bermandi manda kat tandas sorang-sorang. Siap ngan pampers n seluar sekali basah. Yang Yayah pelik tu, Yayah tanya Umi sapa yg tolong bukakan air kat hos getah tuh, pandainya Rayyan pusing pili air tu. Umi cakap jela yang Rayyan memang dah pandai buka paip air sendiri kalau pili tu tak berapa ketat.

Sabar jela kan. Anak Umi sorang ni memang tak sabar nak mandi dan sangat suka mandi. Sebab tu la Umi salu pesan kat Yayah, jaga-jaga sikit c adik tu, tengok-tengok, sebab c adik suka melencong ke tandas nak mandi. Tapi Yayah tak caya. Sekarang baru nak caya cakap Umi kan. Ekekeke.

Geram Umi tengok la perangai n akal c adik sekarang ni. Ada je la dia nak buat.



Thursday, September 15, 2011

Irfan Muvie time

"Umi, jom la tengok Upin." "Jom Yayah, nak ni. Beessstttt..." Abg Irfa coba nego ngan Yayah n Umi nak beli cd cerita Upin Ipin ni. Lucu jer tengok Abg Irfan. Beria-ia nego.

Bila dah dapat, hah terlompat-lompat hepi dia. Dalam keta asik kata nak tengok Upin Ipin. Umi ngan Yayah hepi jer tengok Abang Irfan hepi macam tu.

Yayah kata kat Umi, ni la masanya nak amik kesempatan kat Abg Irfan kalau nak suh dia buat apa jer. Umi pun apa lagi, cuba la request Abg Irfan kemas balik mainan yang bersepah. Hah, memang berhasil, laju jer buat. Sanggup tuh. Hahaha. Abg, Abg... Geram Umi tengok Abang Irfan.

Okeh la, Umi nak join Abg Irfan tengok Upin Ipin Raya. Enjoy the muvie ya , Sayang.


Monday, September 12, 2011

Muhammad Irfan Arsyad a.k.a. Abg Irfan

Salam semua,

Okeh, untuk 1st entry kali nih, Umi nak perkenalkan salah seorang watak utama dalam blog nih. Sapa lagi kalau bukan C Abang. Yela mana boleh langkah bendul kan. Kenalah kenalkan C Abang dulu kan. Okeh.



Nama yang Yayah dan Umi kasik ialah Muhammad Irfan Arsya. Panggil Irfan atau Abg Irfan jer. Abg Irfan lahir kat Hospital Serdang, Selangor pada 13 April 2008. Abang Irfan lahir istimewa sikit dan sedikit keajaiban dari Allah swt. Tau kenapa? Abang Irfan lahir time ni penuh dengan suspen dan kerisauan, sebab Abang Irfan lahir nda cukup bulan. 

Masuk 8 bulan suda mau keluar. 2 minggu sebelum Abang Irfan lahir, Umi kena tahan di Hospital Serdang, sebabnya Abang Irfan nda sabar-sabar suda bagi signal mo keluar. Doktor di Hospital pula berabis suda kasi Umi ubat dan injeksyen supaya Abang Irfan jangan la keluar dulu. Demi keselamatan Abang Irfan juga. Mesin bantuan pernafasan nda cukup. Tawakal seja la time tuh. 


Alhamdulillah, Allah swt tu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui, Dia berikan Umi dan Yayah Abang Irfan yang lincah, aktif sesangat, bijak dan juga penyayang. Abang Irfan selalu jadi penyeri dalam rumah dan juga hati Umi dan Yayah sampai hari ini. Walapun abang Irffan nda cukup bulan lahirnya, tapi bagi Umi dan Yayah, Abang Irfan perfect serba serbi. Dan hensem macam Yayah jugak, ahaks! 


Jangan tak tau, Abang Irfan ni ramai peminiat. Dari pandangan mata Umi dan Yayah kan, selama ni, sesiapa seja yang bersama Irfan, nda kisah la yang baru jumpa ka yang suda biasa ka, mesti suka main main dengan Abang Irfan. Umi tengok Abang Irfan ni Charming lebih. Senyum tu, memang wat geram ja tengok.. 


Neway, Umi mo bagitau that Umi dan Yayah so grateful nda blessful to have u in our life, my luv Irfan. Muah Muah Muah.. Ingat tau, sampai bila-bila pun, Umi ngan Yayah will owez sayang Abang Irfan.

Sunday, September 11, 2011

Hari bosan Rayyan.

11 Sept 2001 - Rayyan duk buat muka boring ja arini. Dari pagi ke petang mengamuk jer. Bosan sangat tu kut. C Irfan dari pagi lagi kuar beraya dengan anak-anak pengasuh Umi.

So, tinggallah c debab ni sorang-sorang layan diri. Umi pulak time ni nda berapa sihat. Ndada mood sangat mau berjimba jimba.

Mulut c debab ni pun dari pagi asik membebel jak keja. Ntah apa la yang rayyan ni cakpkn hanya dia ja la yang tau.

Hari ni Umi tengok Rayyan memang macam bosan gila ni. Asik ndada mood jak mau main ka apa. Asik mau melekat dengan Umi saja. Mungkin dia bosa abang Irfan ndada kut. Ndada kawan main. Nda pa sayang, nanti abang balik, main puas puas okey.