Irfan & Rayyan World

Tuesday, December 27, 2011

Pandainya Abang Irfan.

Sekarang ni dah jam 10.50 malam. Biasanya time mcm ni memang la masa untuk tido sebabnya sok Umi pi keja. Tapi malam ni, tetiba ja abang Irfan nak belajar menulis la pulak. Siap mood berkobar- kobar lagi.

Alhamdulillah, nak juga abang Irfan belajar menulis. Tapi ada masalah teknikal sket la abang Irfan ni. Dia salu konpius dgn beberapa bentuk nombor. Sebab dia dah pandai abc sampai huruf w. Dah kenal dah abc tu. So bila pasal nombor ada certain2 nombor tu dia sebut huruf.

Contohnya nombor 8 dia kata huruf b. Nombor 3 dia kata huruf e. Byk lg la yang dia rasa macam sama ngan huruf2. Tapi xpa, pelan2. Umi x paksa pun nak hafal juga semua huruf dan nombor. Abang Irfan masih kecil lagi. Dia nak belajar menulis tu pun Umi dah bersyukur sangat.

Moga Abang Irfan jadi anak yang bijak pandai, soleh dan berjaya.



Monday, December 26, 2011

Durianmanic!

La ingatkan anak Umi tak suka makan durian. Rupanya, Umi dah tersalah dah. Nampaknya Umi dah ada pesaing nak makan durian. Aduh! Abis la lepasni susahlah kalau beli durian kena beli banyak, sebabnya, Umi tengok anak-anak Umi makan macam dasyat jer. Tak caya, cuba tengok aksi korang. 

 Hah, dasyat kan.. Tula tak caya lagi.. Ni makan durian ni time laps balik dari mandi kat Sungai Congkak la nih. Dah sejuk-sejuk mandi, panaskan badan la pulak makan durian.. hihihi...

Sejuknya di hari Krismas...

Okeh, selamat menyambut hari krismas untuk semua kawan-kawan yang menyanbutnya. Okeh, masa krismas baru ni, Umi ama Yayah bawa Irfan & Rayyan pi mandi sungai. Hah, jakun kejap Umi nengok dua beradik nih. Almaklumlah tak pernah mandi pandai seumur hidup ni kan. ni memang 1st time Umi & Yayah bawa mandi sungai pun. Yela, dulu kan kecik lagi korang berdua, pastu pulak, macam-macam lagi la alasan yang Yayah bagi bila Umi nak ajak korang berdua pi mandi sungai. Tapi tahun ini, alhamdulillah, termakbul juga hajat Umi. Ekekeke.

Awal pagi lagi dah gerak dah pi Air Terjun Sungai Congkak, Cheras Batu 9. Port pun ok. Tak deras pun, ngamlah untuk korang nak berendam kan.. Tapi air memang Sejuk gila time nih. Tapi respek la kat anak Umi Irfan & Rayyan ni, tahan sejuk. Umi pulak yang tak tahan sejuk lah. 

So, jom nengok gambar korang. Dan seperti kebiasaan, gambar Umi tentulah tadak. Abis nanti sapa pulak nak amik gambar korang berjimba-jimba kan.

Rajin anak Umi tolong kemas surat khabar yg kita jumpa. Boleh buat alas.. huhuhu

Hepi jer Rayyan mandi, sejuk tuu


Macam biasa, aktiviti febret Rayyan isi perot!
Habis sos comot kat mulut!

Sunday, December 25, 2011

Tu diaaa, Dah muncul!

Hah tu dia dah muncul dah. Dah lama ku tunggu, baru kini muncul!. Hihihihi, Ni Umi nak bagitau ni, akhirnya bertambah jugak gigi adik Rayyan sebatang hah kat sebelah atas tuh. Ari ni adi Rayyan dah setahun setengah tapi tak juga bertambah-tambah gigi tuh, yang bertambah cuma umur, nakal dan comei. 

Ari ni Umi ama Yayah perasan ada pangkal gigi kat sebelah gigi arnab adik yang besar tu. Okeh la tuh, ada kemajuan la kan. Orang kata, lambat tumbuh gigi ni bagus sebab nanti lambat buruk atau patah. Tapi bagi Umi sama jer kalau cepat ke lambat tumbuh, kalau tak jaga elok-elok dan malas nak berus gigi, asik makan yang manis jer, hah tetap jugak rosak atau patah kan. 

SO, tahniah buat anak Umi ya. Tapi satu nasihat dan peringatan buat adik Rayyan, please jangan gigit-gigit nipple Umi time nenen yer. Sakit tau. Nanti Umi taknak kasi nenen baru adik Rayyan tau. Okeh, pasni senyum pasti lagi comei adik Rayyan sebab ada gigi lagi. 

Okeh, nnt Umi cerita lagi ya. Gambar Rayyan ama gigi tadak sebab adik Rayyan malu nak bukak mulut nak amik gambar. Eleh, minta puji!

Rajinnya Rayyan..

Rajinnya Rayyan, awal pagi tadi tolong Umi vakum lantai pastu mop lantai sebelum bergerak pi mandi sungai. Awal pulak tu bangun. Ni yang susah kalau anak Umi yang kecik ni dah bangun, susah la Umi nak buat kerja. Cuba tengok gambar Rayyan mop lantai, rajin tuh. Terima kasih, sayang Umi. Arap-arap sampai bila-bila la rajin dan ringan tulang tu ya.

Siap pakai pampers jer hah. Serius lagi tu muka tuh. hehehe muah muah muah anak Umi!

Sunday, December 18, 2011

Senyap-senyap dia tau..

Ooo, Senyap-senyap ekau pandai dah amik gambar sendirik yer guna henpon Umi yer... Ni mesti Abang Irfan yang ajar nih kan. Amik gambar sendiri guna kamera depan henpon kan. ish ish ish, anak Umi, anak Umi, bijak la hai. Bikin geram tau. Okeh, jom tengok gambar apa yang Adik Rayyan amik okeh! 



Amboi, sukeyer diaaa...

Friday, December 16, 2011

Buat muka ya...

Hahaha, sekarang ni Rayyan dah masuk umur 1 tahun 3 bulan. Yang Umi perasan, sekarang ni Rayyan dah pandai dah buat muka merajuk. Hahhaha cumil jer Umi tengok. Abis berkerut semua dahi dan kening tu. Mulut pula punyala panjang muncungnya. Dah mulut tu kecik dan mungil jer. Geram Umi tengok.
Sorry la Umi tak sempat nak grab camera or henfon untuk amik gambar Rayyan buat muka merajuk tuh. Insya Allah lain kali kalau sempat snap, Umi upload. Sayang Rayyan...

Tuesday, November 29, 2011

While We Wait in da Car [Gambar]

Hensem tak i?

Brothers Bros


Favret port Irfan @ Bonet belakang since speaker belakang dah kena cabut.


Ekau, makan jo la keje ekau eh..


Like brother like lil bro!

ngap, ngap, ngap...

Wednesday, October 19, 2011

Alhamdulillah...

Syukur Alhamdulillah, Anak Umi Rayyan dah semubh dari demam panasnya yang buat Umi n Yayah tak senang tidur. Yang Tinggal cuma selsema dan juga batuk. Tak pa adik Rayyan, lawan tau penyakit tuh. Nanti kalau lama-lama sakit tak best tau, nanti Rayyan tak boleh sukati sukati jer nak makan macam-macam. 

Nanti kan semuaaa pon tak bley!. Hihihi.. Dengar cakap Umi n Yayah tau. Umi doakan Rayyan cepat sihat dan sihat sentiasa supaya sentiasa gumbira, ceria, aktif dan bijak tau.. Umi Sayang Rayyan... 

Monday, October 17, 2011

Shuhhh Shuhh!! Ko Penyakit

Hari ni Rayyan demam panas lagi. Sejak semalam jam 1pagi Rayyan tak senang tidur. Mungkin sebab tak selesa panas badan. Semalamam Umi ngan Yayah tak tido ganti ganti jaga Rayyan.

Ya Allah, Tuhan saja yang tau perasaan Umi ama Yayah bila tengok adik Rayyan sakit. Luluh hati Umi tengok. Alhamdulillah tadi lepas balik keja terus ja bawa adik Rayyan pi klinik. Lepas makan ubat yang banyak tu, adik Rayyan nenen puas-puas pastu terus jer tido.

Umi arap asik Rayyan cepat sembuh la ya Sayang. Ni baru setengah hari adik Rayyan sakit, Umi dah rindu dah ngan telatah nakal dan senyum tawa adik Rayyan yang nakal dan aktif tuh. Cepat sembuh ya. Umi dan Yayah sangat sangat sangat sangaaat sayang adik Rayyan. Muah muah muah...

Monday, October 10, 2011

Toy Boy...

Ya Allah, kalau dah Rayyan yang masuk dalam kotak mainan, abis apa yang kat luar kotak mainan?.. Cer teka.... Hah, apa lagi kalau bukan semua mainan la dicampak kat lantai kan. Dah Rayyan bagi Umi kerja tambahan kan. huhuhuhu.. Sabar jer la... Nasib baik anak Umi ni rajin juga kemas balik mainan dia bila Umi suruh kemas.. Terkedek-kedek dia menagmbil mainan masukkan dalam kotak. Pandai anak Umi ni lah.. Rajin serba serbi gitu kan..


Ni febret spot Rayyan la ni masuk dalam kotak mainan ni sambil tengok tv.


Habis campak semua mainan kat lantai..

Abang Sakitlah, Umi.

 "Umi, abang Irfan sakitlah Umi. Tadi jatuh, Tengok nih (sambil tunjuk kat lutut yg berplaster). Sakit tau. Ahhh, sakit a Umi"... Alalala, ciannya la anak Umi ni kan, cedera gitu kan. Ni nak cerita sikit ni perangai Abang Irfan ni bila luka ker sakit ker apa. Yang Umi amam Yayah perasan kan, Abang Irfan kan kalau sakit walaupun luka sikit kan, dia punya 'drama' sakit tu hurm, macam cedera parah jer. Siap takleh nak bangun la, tak leh nak jalan la (padahal tangan yang sakit), takleh makan la sendiri la (padahal kaki yang sakit). Dia punya meraung dan merintih kesakitan tu kan memang macam cedera parah yang amat sangat la tuh. Memang lucu tengok abang mamcam tuh.
Cuba tengok gambar kat atas tu kan, luka tergesel jer pon, tapi dia punya sakit, Ya Allah, macam patah kaki hah. Yang lucu tuh, kononnya tak bleh jalan la kan kaki tu sebab luka siap ada plaster gitu kan, nak pi mana-mana kalau bukan nak suh Umi angkat, hah tu sanggup tu mengensot-ensot. Dah macam suster ngensot dah Umi tengok lah. Time ni la Abang Irfan buat muka manja gitu kan, mintak yang bukan-bukan, nak kena layan macam raja la, semua service kena cepat gitu kan. Hah, tak tau Umi tengah semput melayan karenah korang dua beradik. Sabar jer lah kan. Nama pun anak Umi kan..

Sunday, October 09, 2011

Abang Irfan dah Ada Gegurl????

 Pagi tadi tetiba teringin nak bawa kids pegi mandi pool kat P9, Putrajaya. Weekend-weekend macam ni memang la bosan kalau takda buat apa-a apa kan. 
Nasin baiklah Yayah pun bosan juga, so boleh la jalan-jalan kejap. Time ni adik Rayyan kecik lagi, jadik yang pi mandi cuma Abang Irfan jer. 
Semangat betul abang Irfan nak pi mandi pool. Bangun-bangun jer terus pakai swimming suit dia. Siap pakai pampers lagi hah, takut terkencing sebelum sampai kat pool. Adi Rayyan xda suit lagi, sebabnya masih kecil, rugi jer nanti kalau beli. Tunggu adik besar dulu ya Sayang, pastu kita beli, okeh. 
Okeh, jom pi tengok abang Irfan mandi.  
 
Abang Irfan posing dengan bola dia yang salua abang Irfan panggil "Bonn"

Okeh, ini senyap-senyap anak Umi pi dating ni ngan gegurl mana ntah, Tapi amat kiut.


Okeh, ni Umi nak cerita sikit perangai Abang Irfan time nih. Ya Allah, Yayah ngan Umi memang terkejut yang amatlah bila tengok Abang Irfan tetiba ja jadi sangat-sangatlah behave bila ngan gegurl tuh. Gila baik Irfan time nih. Duduk jer sebelah gegurl tuh, main sama-sama.

Seingat Umi la kan, Irfan kalau ajak mandi kat pool ni, taklah pernah jadi behave macam tu pun. Dan Irfan tak pernah la kasi dengan rela hati "bonn" tu kat orang lain. Kalau mandi pool, salu main sorang-sorang jer. Ni tidak! Tidak, Okeh! There's something about that girl that makes Irfan behave like that. And Yayah and Umi was shock, okeh! 

Neway, Umi ama Yayah hepi tengok Irfan macam tuh, baik dengan orang lain. Tapi tu bukan bermakna Umi ama Yayah bagi green light nak wat sukati, okeh!. 

Haishh, macam-macam anak bujang Umi ni lah.. Lubyu, Sayang! 

Tuesday, September 20, 2011

Macam-macam Irfan



Macam-macam Irfan. Ni lah akibatnya bila henpon Umi jatuh ke tangan Abang Irfan.. Ini adalah hobi Abang Irfan.. Amik Gambar! Tak kira la gambar sendiri kea orang lain, janji amik gambar. Siap suruh orang 'peace' lagi..


 




Ada banyak lagi koleksi Abang Irfan tuh, ni baru sikit. Len kali lagi pula Umi upload lagi.. Sabar je la ngan Abang Irfan nih.. Penuh memori kad dengan gambar yang dia amik yang merapu-rapu pun ada..