Irfan & Rayyan World

Tuesday, December 27, 2011

Pandainya Abang Irfan.

Sekarang ni dah jam 10.50 malam. Biasanya time mcm ni memang la masa untuk tido sebabnya sok Umi pi keja. Tapi malam ni, tetiba ja abang Irfan nak belajar menulis la pulak. Siap mood berkobar- kobar lagi.

Alhamdulillah, nak juga abang Irfan belajar menulis. Tapi ada masalah teknikal sket la abang Irfan ni. Dia salu konpius dgn beberapa bentuk nombor. Sebab dia dah pandai abc sampai huruf w. Dah kenal dah abc tu. So bila pasal nombor ada certain2 nombor tu dia sebut huruf.

Contohnya nombor 8 dia kata huruf b. Nombor 3 dia kata huruf e. Byk lg la yang dia rasa macam sama ngan huruf2. Tapi xpa, pelan2. Umi x paksa pun nak hafal juga semua huruf dan nombor. Abang Irfan masih kecil lagi. Dia nak belajar menulis tu pun Umi dah bersyukur sangat.

Moga Abang Irfan jadi anak yang bijak pandai, soleh dan berjaya.



Monday, December 26, 2011

Durianmanic!

La ingatkan anak Umi tak suka makan durian. Rupanya, Umi dah tersalah dah. Nampaknya Umi dah ada pesaing nak makan durian. Aduh! Abis la lepasni susahlah kalau beli durian kena beli banyak, sebabnya, Umi tengok anak-anak Umi makan macam dasyat jer. Tak caya, cuba tengok aksi korang. 

 Hah, dasyat kan.. Tula tak caya lagi.. Ni makan durian ni time laps balik dari mandi kat Sungai Congkak la nih. Dah sejuk-sejuk mandi, panaskan badan la pulak makan durian.. hihihi...

Sejuknya di hari Krismas...

Okeh, selamat menyambut hari krismas untuk semua kawan-kawan yang menyanbutnya. Okeh, masa krismas baru ni, Umi ama Yayah bawa Irfan & Rayyan pi mandi sungai. Hah, jakun kejap Umi nengok dua beradik nih. Almaklumlah tak pernah mandi pandai seumur hidup ni kan. ni memang 1st time Umi & Yayah bawa mandi sungai pun. Yela, dulu kan kecik lagi korang berdua, pastu pulak, macam-macam lagi la alasan yang Yayah bagi bila Umi nak ajak korang berdua pi mandi sungai. Tapi tahun ini, alhamdulillah, termakbul juga hajat Umi. Ekekeke.

Awal pagi lagi dah gerak dah pi Air Terjun Sungai Congkak, Cheras Batu 9. Port pun ok. Tak deras pun, ngamlah untuk korang nak berendam kan.. Tapi air memang Sejuk gila time nih. Tapi respek la kat anak Umi Irfan & Rayyan ni, tahan sejuk. Umi pulak yang tak tahan sejuk lah. 

So, jom nengok gambar korang. Dan seperti kebiasaan, gambar Umi tentulah tadak. Abis nanti sapa pulak nak amik gambar korang berjimba-jimba kan.

Rajin anak Umi tolong kemas surat khabar yg kita jumpa. Boleh buat alas.. huhuhu

Hepi jer Rayyan mandi, sejuk tuu


Macam biasa, aktiviti febret Rayyan isi perot!
Habis sos comot kat mulut!

Sunday, December 25, 2011

Tu diaaa, Dah muncul!

Hah tu dia dah muncul dah. Dah lama ku tunggu, baru kini muncul!. Hihihihi, Ni Umi nak bagitau ni, akhirnya bertambah jugak gigi adik Rayyan sebatang hah kat sebelah atas tuh. Ari ni adi Rayyan dah setahun setengah tapi tak juga bertambah-tambah gigi tuh, yang bertambah cuma umur, nakal dan comei. 

Ari ni Umi ama Yayah perasan ada pangkal gigi kat sebelah gigi arnab adik yang besar tu. Okeh la tuh, ada kemajuan la kan. Orang kata, lambat tumbuh gigi ni bagus sebab nanti lambat buruk atau patah. Tapi bagi Umi sama jer kalau cepat ke lambat tumbuh, kalau tak jaga elok-elok dan malas nak berus gigi, asik makan yang manis jer, hah tetap jugak rosak atau patah kan. 

SO, tahniah buat anak Umi ya. Tapi satu nasihat dan peringatan buat adik Rayyan, please jangan gigit-gigit nipple Umi time nenen yer. Sakit tau. Nanti Umi taknak kasi nenen baru adik Rayyan tau. Okeh, pasni senyum pasti lagi comei adik Rayyan sebab ada gigi lagi. 

Okeh, nnt Umi cerita lagi ya. Gambar Rayyan ama gigi tadak sebab adik Rayyan malu nak bukak mulut nak amik gambar. Eleh, minta puji!

Rajinnya Rayyan..

Rajinnya Rayyan, awal pagi tadi tolong Umi vakum lantai pastu mop lantai sebelum bergerak pi mandi sungai. Awal pulak tu bangun. Ni yang susah kalau anak Umi yang kecik ni dah bangun, susah la Umi nak buat kerja. Cuba tengok gambar Rayyan mop lantai, rajin tuh. Terima kasih, sayang Umi. Arap-arap sampai bila-bila la rajin dan ringan tulang tu ya.

Siap pakai pampers jer hah. Serius lagi tu muka tuh. hehehe muah muah muah anak Umi!

Sunday, December 18, 2011

Senyap-senyap dia tau..

Ooo, Senyap-senyap ekau pandai dah amik gambar sendirik yer guna henpon Umi yer... Ni mesti Abang Irfan yang ajar nih kan. Amik gambar sendiri guna kamera depan henpon kan. ish ish ish, anak Umi, anak Umi, bijak la hai. Bikin geram tau. Okeh, jom tengok gambar apa yang Adik Rayyan amik okeh! 



Amboi, sukeyer diaaa...

Friday, December 16, 2011

Buat muka ya...

Hahaha, sekarang ni Rayyan dah masuk umur 1 tahun 3 bulan. Yang Umi perasan, sekarang ni Rayyan dah pandai dah buat muka merajuk. Hahhaha cumil jer Umi tengok. Abis berkerut semua dahi dan kening tu. Mulut pula punyala panjang muncungnya. Dah mulut tu kecik dan mungil jer. Geram Umi tengok.
Sorry la Umi tak sempat nak grab camera or henfon untuk amik gambar Rayyan buat muka merajuk tuh. Insya Allah lain kali kalau sempat snap, Umi upload. Sayang Rayyan...